Keadaan Emma Maembong Semakin Membimbangkan

loading...
KUALA LUMPUR – Pelakon Emma Maembong  terlantar di hospital sejak pagi tadi akibat sakit perut yang dialaminya sejak semalam.

Pengurusnya, Nana Rosham berkata, pada mulanya pelakon itu enggan mendapatkan rawatan kerana menganggap ia sakit perut biasa tetapi apabila keadaan semakin serius, beliau terus sahaja dikejarkan ke hospital, petik BH.



Katanya, doktor menyarankan Emma mendapatkan rehat yang mencukupi bagi memastikan jangkitan virus itu dapat dipulihkan.

“Kalau tengok keadaannya malam tadi, memang membimbangkan walaupun sebenarnya Emma tidak mahu dimasukkan ke hospital kerana komitmen kerja hari ini.

“Namun, dalam keadaan begini kesihatannya perlu menjadi keutamaan dan kami berterima kasih kerana pihak berkaitan pun memahami situasi ini,” katanya.

Tambahnya, pihaknya berharap, agar peminat mendoakan supaya Emma cepat sembuh dan kembali pulis seperti biasa.

Sumber: britaharian
loading...

0 Response to "Keadaan Emma Maembong Semakin Membimbangkan"

Post a Comment